Khamis, 9 Oktober 2014

Terpelihara untuk Syurga

Wahai Wanita,
 
Aurat Satu Tuntutan Agama, 
Sekadar Bertudung Belum Sempurna Aurat Mu Jika Anggota Lain Tidak Kau Ambil Kira,
Engkau Bertudung Bukan Semata-mata Fesyen,
Mungkin Panjang Lebarnya Tudung Membuatkan Engkau Ciptakan Fesyen,
Pelbagai Fesyen Datang Silih Berganti,
Ramai Wanita Bertudung Mengikut "TREND" Terkini,
Lahirlah "Tutorial Penggunaan Tudung Idola-Idola Zaman Ini, 
Mengambil Masa Lilit Sana-Sini,
Asalkan Maruah Diri Dijaga Setiap Hari. 

Wahai Wanita,
Bila Perut Membesar, Dunia Menanti Si Kecil Keluar,
Hasil Hubungan Zina Anak Dibuang Merata-Rata,
Empunya Anak Lari Menutup Muka,
Bila Berzina, Hati Gembira Tak Terkira,
Makna Cinta Bertukar Zina,
Jangan Mudah Terpedaya Kata-kata Lelaki Bermadah Cinta,
Mungkin Dari Kata-Kata Terjerumus Ke Kancah ZINA.

Ayuh Wanita, 
Wanita Sejati Berusaha Menjaga Batas Pergaulannya,
Naluri Wanita Sebenar Mencipta Cinta Apabila Berumah Tangga,
Cipta Syurga Berumah Tangga, Lahirlah Keluarga Bahagia.

Dari -MA-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan