Rabu, 21 Januari 2015

"Sumber dosa"

Skrol punya skrol petang hari tiba, 
Apa yang aku skrol empunya iG entah siapa punya,
Ku lihat yang keindahan dunia, Subahanallah.
Ku terlihat yang seksi, bogel sini sana dan aku terus skrol sambil mengucap astarfirullahaladzim.. 

Apa yang dipandang, didengar semua nya sumber Dosa.

Nasihat aku guna laaaa laman sosial dengan sebaiknya..

Selasa, 20 Januari 2015

Mintak maaf sahabat..

Berpada-pada bila berguro kata Nia melalui whatapp kepada ku. Kata maaf dari ku mungkin sik cukup untuk mengubati hatinya yang aku tahu dirinya sik suka ditipu apatah lagi "dibulak". Aku bulak atas dasar guro, ingin nanga respon nya bila diguro.. Tapi akhirnya dia ternyata kecewa bila aku molah kdak ya.. Kata maaf aku ungkapkan melalui blog, mana laa tahu doa kalian menyebabkan hubungan kami sebagai sahabat terus kukuh di persada dunia..

Rabu, 22 Oktober 2014

Emak

Wahai Emak,
Tika engkau mengandungkan aku,
Kau kendong aku dengan Rahim mu,
Selama 9 Bulan ku di kendong,
Dugaan & Cabaran sepanjang tempoh tersebut kau tempuhi untuk memastikan aku selamat dilahirkan,
Segala perit, seksa yang engkau rasa,
Aku masih menanti tarikh lahirnya aku ke dunia,
Tanggal 06/ Januari 1991 menjadi sejarah,
Aku selamat dilahirkan.

Wahai emak,
Engkau membesarkan aku dengan hasil titik peluh mu,
Engkau hiburkan aku dengan tawa & gurau sendaMu,
Engkaulah cintaku tanpa Bernoktah yang bersusah payah menjadikan aku manusia di mata mu,
Pakaian, makan minum engkau sediakan buatku demi memastikan aku membesar,
Pagi, Petang & malam engkau mengurus rumah ,memasak demi tanggungjawab mu seorang emak.
  
Wahai emak,
Tanggal 21 Oktober hari lahir mu, 
Pagi lagi ucapan ringkas dari-Ku,
Sebak hatiKu mengenangkan perjalanan dan pengorbanan mu,
Ucapan dari jauh dari mata tapi terkesan di hati,
Ku menangis teresak-esak mengingati emak di sana,
Sambil menaip warkah panjang untuk tatapan kenalan wechat & whatapps ,
Air mata terus berlinangan,
Sambil mata fokus diluar melihat suasana petang,
Doa hatiKu moga emakku terus sihat, cergas untuk bekerja dan berpeluang melihat aku bergraduasi buat kali ke 2 kelak. 

Insyaallah.

Tinta  -MA-

Ahad, 12 Oktober 2014

Garam dan Hiburan Perumpamaannya

“Hiburan umpama garam. Garam perlu dalam Masakan, kalau tanpa garam makanan tidak berasa, (tawar). Demikianlah kalau hidup kita tanpa hiburan, hidup kita menjadi tawar. Tetapi, garam tidak boleh diambil dengan kadar berlebihan, kalau diambil berlebihan akan mendatangkan penyakit. Begitu jugalah hiburan, jika berlebihan akan melalaikan dan melarikan fokus kehidupan kita..       

-Prof Muhaiya-

Khamis, 9 Oktober 2014

Terpelihara untuk Syurga

Wahai Wanita,
 
Aurat Satu Tuntutan Agama, 
Sekadar Bertudung Belum Sempurna Aurat Mu Jika Anggota Lain Tidak Kau Ambil Kira,
Engkau Bertudung Bukan Semata-mata Fesyen,
Mungkin Panjang Lebarnya Tudung Membuatkan Engkau Ciptakan Fesyen,
Pelbagai Fesyen Datang Silih Berganti,
Ramai Wanita Bertudung Mengikut "TREND" Terkini,
Lahirlah "Tutorial Penggunaan Tudung Idola-Idola Zaman Ini, 
Mengambil Masa Lilit Sana-Sini,
Asalkan Maruah Diri Dijaga Setiap Hari. 

Wahai Wanita,
Bila Perut Membesar, Dunia Menanti Si Kecil Keluar,
Hasil Hubungan Zina Anak Dibuang Merata-Rata,
Empunya Anak Lari Menutup Muka,
Bila Berzina, Hati Gembira Tak Terkira,
Makna Cinta Bertukar Zina,
Jangan Mudah Terpedaya Kata-kata Lelaki Bermadah Cinta,
Mungkin Dari Kata-Kata Terjerumus Ke Kancah ZINA.

Ayuh Wanita, 
Wanita Sejati Berusaha Menjaga Batas Pergaulannya,
Naluri Wanita Sebenar Mencipta Cinta Apabila Berumah Tangga,
Cipta Syurga Berumah Tangga, Lahirlah Keluarga Bahagia.

Dari -MA-

Rabu, 8 Oktober 2014

Perubahan.

Tak banyak yang aku taipkan...
"Cuma aku kongsi apa yang aku sedang usahakan sebab aku manusia yang punya  naik iman dikala kebaikan yang aku lakukan & turun iman bila maksiat yang aku lakukan"....

kita mesti menjadi muslim (orang Islam) yang mukmin ( beriman), muhsin ( baik akhlak) dan muttaqin (bertakwa). Semoga kita berhijrah ke arah muttaqin, jangan hanya Muslim pada nama tetapi pakaian dan amalan tidak muttaqin...   

-Prof Muhaiya-

Sabtu, 4 Februari 2012

Khutbah Jumaat PertamaNya.

12 Rabiulawal 1433 Hijrah Menyusul Tiba Hari Ulangtahun Rasul Junjungan kita iaitu Muhammad Bin Abdullah. Ikon sepanjang Zaman untuk Umat Manusia Islam AgamaNya.

Diselit Bersama Khutbah Jumaat pertama Rasulullah saw untuk Renungan Bersama.

"Segala puji bagi Allah, kepadanya saya memohon pertolongan, ampunan, dan petunjuk.  saya beriman kepada Allah dan tidak Kufur kepadanya. Saya bersaksi tiada tuhan selain Allah, dan tidak ada sekutu bagi-nya. saya juga bersaksi, muhammad adalah hamba dan utusan Allah. dia telah mengutusnya dengan petunjuk dan agama yg benar, dengan cahaya dan pelajaran, setelah lama tidak ada Rasul yang diutus, ketika sedikitnya Ilmu, & banyaknya kesesatan pada manusia di kala zaman menjelang akhir dan ajal kian dekat.

Siapa mentaati Allah & RasulNya, dia mendapatkan petunjuk. Siapa yg menderhakai Allah & RasulNya, dia melampaui Batas dan Tersesat dengan kesesatan yg sangat Jauh. Saya berwasiat kepada Kalian agar bertakwa kepada Allah. Ia adalah wasiat terbaik bagi seorang muslim. Seorang muslim Perlu selalu mengingati akhirat dan menyeru kepada Ketakwaan kepada Allah. Berhati-hati terhadapa yang diperingatkan Allah kerana, itu adalah peringatan yg tiada TandinganNya Ketakwaan kepada Allah yang Dilaksanakan kerana takut kepadaNya, ia memperoleh pertolongan Allah atas segala urusan Akhirat.

"Siapa yang selalu memperbaiki hubungan dirinya dengan Allah, sama ada ketika Sendirian mahuPun di tengah org Ramai, & dia melakukan semata-mata kerana Hanya mengharapkan Redha Allah, Baginya Kejayaan di diDunia & Ganjaran Pahala setelah Mati, Iaitu ketika setiap orang m"harapkan balasan atas apa yg dilakukannya. Jika tidak melakukan semua itu , pasti dia berharap agar masanya menjadi lebih panjang, Allah memperingatkan kamu akan seksa-nya, & Allah mengasihi hamba-hambaNya"
(Surah Ali Imran,ayat 30)

Dia adalah Zat yg benar FirmanNya, melaksanakan janjiNya, & semua itu tidak pernah diingkari, Allah berfirman " Keputusan di sisiKu tidak dapat diubah, & aku sekali-kali tidak menganiaya Hamba Hamba Ku.
(surah Qaf, ayat 29)

Kerana itu, bertakwalah kalian kepada Allah dalam urusan sekarang mahupun  yg akan datang, samaAda secara Rahsia atau terang-terangan. "Sesungguhnya Sesiapa yg Bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan menghapuskan kesalana-kesalahanNya & akan MelipatGandakan pahala baginya."
(Surah At-Thalaq, ayat 5)

"Siapa Bertakwa kepada Allah, sungguh Ia telah memperoleh Kemenangan Yang besar."
(Surah al-ahzab, ayat 71)

"Sesungguhnya ketakwaan kepada Allah menghindarkan dari kemarahan, hukuman, & kemurkaanNya. Takwa kepada Allah menjadikan Wajah bersinar Terang, membuatkan Allah Reda, & meninggikan Darjat. Lakukan dengan sepenuh kemampuan kalian, & jgn sampai kurang disisi Allah."

"Dia telah mengajarkan kepada Kalian dalam kitabNya & membentangkan JalanNya, untuk mengetahui siapa yg Benar & utk mengetahui siapa yg Dusta."
(Surah al angkabut, ayat 3)

"Justeru itu, kamu perlu berbuat baik, sebagaimana Dia berbuat baik kepada Kalian & Musihi Musuh-musuhnya. Berjihad di jalan Allah dgn sebenar benar Jihad. Dia telah memilih & menamakan kalian sebagai Muslim."                                                                                           
  (Surah Al Hajj, ayat 78)

"Agar org yg Binasa itu BinasaNya dgn keterangan yg nyata & agar org yg Hidup itu Hidupnya dengan keterangan yang Nyata.                                                                            
  (Surah Al Anfal, ayat 42)

Tiada daya upaya, Kecuali Hanya dengan Kekuatan Allah. Kerana itu, Perbanyakanlah mengingati Allah, & Beramal demi kehidupan setelah Mati. Orang yg membangun Hubungan Baik dengan Allah, Dia juga mengeratkan Hubungan orang itu dengan manusia LainNya. Kerana Allah yg memberi Ketetapan Kepada Manusia, sedang Manusia tidak mampu Memberi Ketetapan KepadaNya. Dia menguasai Manusia, Sedang Manusia tidak dapat menguasaiNya. Allah itu maha Agung. Tiada Daya & Kekuatan Selain dgn Kekuatan Allah yang Maha Tinggu & Maha Agung."

 Nabi Muhammad Berpesan "Sesungguhnya orang yg paling dekat denganku pada Hari Kiamat adalah orang yg paling banyak Berselawat kepadaKu
"Allahumma solli 'ala saidina Muhammad wa'alaaaLihi wa as-Haabihi ajma'iin"
Maksudnya," Ya Allah, Kurniakanlah kepujian ke atas Nabi Muhammad, Ahli keluarga & Sekalian Sahabat-sahabat Beliau."
-MA-