Rabu, 22 Oktober 2014

Emak

Wahai Emak,
Tika engkau mengandungkan aku,
Kau kendong aku dengan Rahim mu,
Selama 9 Bulan ku di kendong,
Dugaan & Cabaran sepanjang tempoh tersebut kau tempuhi untuk memastikan aku selamat dilahirkan,
Segala perit, seksa yang engkau rasa,
Aku masih menanti tarikh lahirnya aku ke dunia,
Tanggal 06/ Januari 1991 menjadi sejarah,
Aku selamat dilahirkan.

Wahai emak,
Engkau membesarkan aku dengan hasil titik peluh mu,
Engkau hiburkan aku dengan tawa & gurau sendaMu,
Engkaulah cintaku tanpa Bernoktah yang bersusah payah menjadikan aku manusia di mata mu,
Pakaian, makan minum engkau sediakan buatku demi memastikan aku membesar,
Pagi, Petang & malam engkau mengurus rumah ,memasak demi tanggungjawab mu seorang emak.
  
Wahai emak,
Tanggal 21 Oktober hari lahir mu, 
Pagi lagi ucapan ringkas dari-Ku,
Sebak hatiKu mengenangkan perjalanan dan pengorbanan mu,
Ucapan dari jauh dari mata tapi terkesan di hati,
Ku menangis teresak-esak mengingati emak di sana,
Sambil menaip warkah panjang untuk tatapan kenalan wechat & whatapps ,
Air mata terus berlinangan,
Sambil mata fokus diluar melihat suasana petang,
Doa hatiKu moga emakku terus sihat, cergas untuk bekerja dan berpeluang melihat aku bergraduasi buat kali ke 2 kelak. 

Insyaallah.

Tinta  -MA-

Ahad, 12 Oktober 2014

Garam dan Hiburan Perumpamaannya

“Hiburan umpama garam. Garam perlu dalam Masakan, kalau tanpa garam makanan tidak berasa, (tawar). Demikianlah kalau hidup kita tanpa hiburan, hidup kita menjadi tawar. Tetapi, garam tidak boleh diambil dengan kadar berlebihan, kalau diambil berlebihan akan mendatangkan penyakit. Begitu jugalah hiburan, jika berlebihan akan melalaikan dan melarikan fokus kehidupan kita..       

-Prof Muhaiya-

Khamis, 9 Oktober 2014

Terpelihara untuk Syurga

Wahai Wanita,
 
Aurat Satu Tuntutan Agama, 
Sekadar Bertudung Belum Sempurna Aurat Mu Jika Anggota Lain Tidak Kau Ambil Kira,
Engkau Bertudung Bukan Semata-mata Fesyen,
Mungkin Panjang Lebarnya Tudung Membuatkan Engkau Ciptakan Fesyen,
Pelbagai Fesyen Datang Silih Berganti,
Ramai Wanita Bertudung Mengikut "TREND" Terkini,
Lahirlah "Tutorial Penggunaan Tudung Idola-Idola Zaman Ini, 
Mengambil Masa Lilit Sana-Sini,
Asalkan Maruah Diri Dijaga Setiap Hari. 

Wahai Wanita,
Bila Perut Membesar, Dunia Menanti Si Kecil Keluar,
Hasil Hubungan Zina Anak Dibuang Merata-Rata,
Empunya Anak Lari Menutup Muka,
Bila Berzina, Hati Gembira Tak Terkira,
Makna Cinta Bertukar Zina,
Jangan Mudah Terpedaya Kata-kata Lelaki Bermadah Cinta,
Mungkin Dari Kata-Kata Terjerumus Ke Kancah ZINA.

Ayuh Wanita, 
Wanita Sejati Berusaha Menjaga Batas Pergaulannya,
Naluri Wanita Sebenar Mencipta Cinta Apabila Berumah Tangga,
Cipta Syurga Berumah Tangga, Lahirlah Keluarga Bahagia.

Dari -MA-

Rabu, 8 Oktober 2014

Perubahan.

Tak banyak yang aku taipkan...
"Cuma aku kongsi apa yang aku sedang usahakan sebab aku manusia yang punya  naik iman dikala kebaikan yang aku lakukan & turun iman bila maksiat yang aku lakukan"....

kita mesti menjadi muslim (orang Islam) yang mukmin ( beriman), muhsin ( baik akhlak) dan muttaqin (bertakwa). Semoga kita berhijrah ke arah muttaqin, jangan hanya Muslim pada nama tetapi pakaian dan amalan tidak muttaqin...   

-Prof Muhaiya-